TANJUNG MANIS BAHARU
KAWASAN zon perindustrian Tanjung Manis yang terletak di Delta Sungai Rejangtiga dekad yang lalu hanyalah sebuah kawasan hutan pokok nipah dan bakau. Tempat yang terpencil dan tidak berpenduduk itu sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Mani.Satu-satunya aktiviti ekonomi pada masa itu ialah pemunggahan kayu balak yang hanyut di Sungai Rejang ke kapal-kapal kargo untuk dieksport.Sebahagian besar aktiviti pada masa itu tertumpu di Kampung Kuala Rajang, Belawai dan Jerijih yang terletak tidak jauhdari kawasan Tanjung Manis. Ia diibaratkan oleh penduduk tempatan sebagai kawasan mati kerana tiada penduduk yang tinggal di situ.Bagaimanapun, semuanya berubah selepas kerajaan negeri Sarawak mengambil inisiatif untuk mengangkat kawasan itu menjadi kawasan zon perindustrian perkayuan.Perbadanan Perusahaan Perkayuan Sarawak (Pusaka) merupakan badan yang bertanggungjawab mengubah landskap Tanjung Manis daripada sebuah kawasan 'mati' menjadi sebuah pusat perindustrian utama di Wilayah Tengah Sarawak ketika ini. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri(Pendidikan Teknikal), Datuk Len Talif Salleh berkata, kawasan itu juga merupakan sebahagian daripada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).Beliau berkata, lewat tahun 80-an pelbagaiusaha telah dilakukan oleh Pusaka untuk mengangkat kawasan Tanjung Manis menjadi kawasan industri perkayuan utama di Sarawak."Memang ada pihak yang kurang yakin dengan usaha untuk membangunkan Tanjung Manis, namun pembangunannya adalah program jangka panjang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Beberapa asas utama diambil perhatian oleh kerajaan dalam menjadikan Tanjung Manis sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi baharu di Sarawak.JETI Bandar Baru Tanjung Manis merupakan tempattumpuan pengunjung yang datang dari kawasan Hulu Rejang dan bandar Kuching dengan bot ekspres.Berbeza dengan pembangunan kawasan Bintulu dan Mukah, kawasan Tanjung Manis merupakan pembangunan yang bermula daripada sifar iaitu daripada kawasan hutan tidak berpenghuni yang amat sukar dibangun atas faktor geografinya kepada sebuah bandar baharudi Delta Sungai Rajang.Kerajaan perlu membina prasarana asas seperti kemudahan jalan, bekalan elektrik dan air untuk memastikan kawasan itu dapat dibangunkan serta memenuhi kehendak pelabur.Len Talif berkata, kini kawasan seluas 77,000 hektar yang akan dibangunkan sebagai Hab Halal Tanjung Manis akan dilengkapi dengan segala kemudahan asas khasnya kemudahan jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan kemudahanpelabuhan.Buat masa ini, kawasan Tanjung Manis sudah boleh diakses dengan jalan darat dari Sibu dan Mukah selain mempunyai kemudahan perkhidmatan udara yang dikendalikan oleh MasWings.Mencari pelaburMenurutnya, selepas menaik taraf kemudahan prasarana asas dengan kos hampir RM300 juta yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK), kini kerajaan negeri sedang berusaha untuk menarik lebih ramai pelabur luar melabur di situ.Len Talif, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Belawai berkata, ketika ini kerajaan sedanggiat mencari pelabur khasnya dari Asia Barat, India dan China untuk melabur di Tanjung Manis.
PERJALANAN bot Ekspres Tanjung Manis-Kuching hanya mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Ia menjadi pilihan utama penduduk sekitar muara Rejang ke pusat bandar raya Kuching.
Antara fokus utama ialah industri yang berkaitan minyak kelapa sawit selain pengeluaran makanan berasaskan produk pertanian tempatan. Menurutnya, kestabilan ekonomi dan politik Malaysia memberi lebih banyak keyakinan kepada pelabur luar untuk datang melabur di Tanjung Manis.Pada masa ini, sebuah syarikat besar dari Taiwan sudah mengesahkan pelaburan kira-kira RM2 bilion bagi projek akuakultur di Tanjung Manis.Selain mencari pelaburan, Sarawak turut memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia khasnya untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.Kerajaan negeri telah mengambil beberapalangkah awalan dalam usaha meningkatkan lagi jumlah tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan dan lain yang diperlukan dalam SCORE."Kita telah mewujudkan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang bertujuan meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat bumiputera menerusi pendidikan teknikal dan vokasional," katanya.Penubuhan TEGAS adalah sebahagian daripada strategi kerajaan negeri untuk memaksimumkan pembangunan modal insan bagi menampung keperluan tenaga kerja dan untuk memastikan bidang teknikal serta vokasional
Comments
Post a Comment